Sep 23, 2014

Shafiq's wife



Seri Medan, 23 ogos 2014. Alhamdulillah :)



Paris, 23 september 2014

Aug 14, 2013

Resepi Kuih Lapis

Teringin nak makan kuih lapis. Tak ada jual kat France, kenalah buat sendiri. Kita improvise la lapis lapis tu kan supaya jimat masa. Pengukus pun tak ada so pandai pandai la guna periuk yang ada supaya jadi macam pengukus. Inilah hasil cubaan membuat kuih lapis 3 warna hihi.





Lille, 2013

Jul 29, 2013

10 hari terakhir


Sekejap je dah 20 Ramadan.
Lagu raya pun dah berkumandang di radio.
Sedih betul. Homesick.

Dugaan puasa di France ni.
Lebih lebih lagi masa musim panas.
19 jam puasa gitu. Lembik terus sampai penyek.
Sabar, sabar.

Apa apa pun, jangan lupa, tinggal 10 hari je lagi.
Selamat memantapkan ibadah.



Lille, 2013

I miss you, my sweet love


I'm sorry I had to give you to someone else.
I wonder how have you been, where have you been.
I hope you feel comfortable in your new home.
I missed you. And I still miss you.



Lille, 2013

Feb 13, 2011

Sweet Love



Jee. My sweetest LOVE ever.



Rennes, 2011

Apr 9, 2008

Ceriterahujan

Geram dan tak puas hati. Beginilah ceritanya :

Baju banyak nak kena cuci. Maka tadi pergi laverie automatique dekat dekat sini. Gerimis. Tunggu bas. Lama gila. Tapi tunggu juga sebab macam tak ada apa apa pun nak buat hari ni. Tengah tunggu, datang la seorang manusia yang berlawanan jantina, tak berambut, hisap rokok, yang pakai spec bergaya, yang nak juga ambil bas dari situ. Ok. Normal. Tiada apa apa yang pelik.

Tiba tiba dia tegur saya dan tanya : T'as un euro cinq? (Awak ada satu euro lima sen?)

Disebabkan duit syiling yang saya bawa ni macam cukup cukup je untuk cuci baju nanti, maka saya jawab la tak ada. Kalau ada pun, nak gua. Then dia beritahu yang dia ada lima puluh euro sekeping, and dia takut kalau kalau pakcik bas nanti tak cukup duit kecil nak pulangkan kat dia.

Saya pun tak tahu nak kata apa. Cuma buat bunyi : Hurm.
Itu sebagai tanda yang saya pun tak tahu nak buat macam mana. Tak dapat nak tolong.

Beberapa minit lepas tu, datang la bas nombor 3. Yang saya tunggu bas nombor 1. Tapi sebab malas nak tunggu lagi, saya pun naik la bas tu. Cuma bas nombor 3 ni tak lalu depan laverie tu. Kena jalan kaki sikit.

Manusia tadi betanya kat saya : Tu prends ce bus? (Awak ambil bas ni?)
Saya pun jawablah ye. Tapi manusia ni tanya lagi sekali soalan yang sama.
Beranggapan yang dia tak dengar apa yang saya jawab tadi, saya jawab ye lagi sekali.
Dia pun naik bas tu juga.

Dalam bas, tak ada orang lain. Cuma saya, manusia tu, dan pemandu bas. Saya berdiri dan saya nampak, manusia tu memang betul betul tak ada duit kecil. Saya nampak dia keluarkan duit lima puluh euro sekeping dan pakcik bas memang la tak ada duit cukup nak pulangkan kat dia. Tiba tiba masa tu saya teringat yang dalam purse saya ada duit pecah lima puluh, maka saya bagi la pada dia, tukar. Dia pun berterima kasih.

Sampai depan supermarché Match, saya turun. Sebagai tanda bersopan santun (kunun kununnya la kan) saya cakap au revoir pada manusia tadi. Saya turun dan jalan menuju ke laverie.

Tiba tiba terdengar suara orang bercakap. Saya toleh. Terkejut. Rupanya manusia tadi ikot saya turun. Saya tak berapa dengar apa yang dia cakap. Saya tanya kenapa. Dia pun jawab : J'ai rien à faire. Tu vas où? (Saya tak ada apa apa nak buat. Awak nak pergi mana?)

Saya rasa aneh. Eh kenapa dengan manusia ni? Tak ada kerjakah? Tapi sebab tak mahu bersikap kurang ajar, saya senyum dan jawab : Je vais à la laverie. Tu vas où, toi? (Saya nak pergi cuci baju, awak nak pi mana?)

Dia pun jawab : J'sais pas. Je veux bien t'accompagner. J'sais pas quoi faire. (Saya pun tak tahu. Saya boleh temankan awak, saya tak ada apa apa nak buat.)

Eh eh manusia ni. Saya da mula takut. Cuak. Saya tak kenal pun manusia ni. Apekehei tiba tiba nak follow saya? Ada masalahkah? Ada niat jahatkah? Tapi saya cuba sembunyikan perasaan saya tu. Saya tanya dia apa dia buat kat sini. Kerja? Or belajar? Dia kata dia belajar lagi. Budak lycée (sekolah menengah) je pun. Saya tanya umur dia. Dia kata 19. Er. Saya terfikir, budak lycée bukan sampai lapan belas tahun je kah? Saya pun tak berapa nak pasti. Tapi sebab malas nak bertanya banyak, saya cuma beritahu umur saya pun 19. Lepas tu dia meneruskan perbualan dengan saya sambil dengan muka tak bersalah mengikut saya ke laverie. Apekehei?

Dia nak tolong angkatkan beg yang penuh dengan baju baju saya tu. Saya cakap tak payahlah kan sebab saya boleh angkat. Dia desak desak. Malas nak layan, saya bagi la dia angkat beg berisi baju tu. Jangan kau lari dengan baju baju aku sudah.

Sampai kat laverie tu, tak ada orang pulak. Memang tak best lah. Tak senang duduk. Sebab manusia tu masuk jugak dalam laverie tu. Sambil masukkan baju baju dalam mesin basuh, untuk hilangkan rasa tak selesa,

saya kata : Si tu veux aller quelque part, tu peux y aller, j'veux pas t'déranger. (Kalau awak nak pi mana mana, pi lah. Saya tak nak kacau or susahkan awak kat sini.)

Padahal dalam hati ni, saya rasa dia yang ganggu. Kau ni tak paham ke aku tak nak kau ikut aku?

Tapi dengan yakinnya dia jawab : Non, c'est moi qui veux t'aider, ça vient du coeur. Il y a pas de quoi. (Tak adalah, saya yang nak tolong awak, ikhlas ni.) Ikhlas ke ada udang di sebalik mee?

Saya dah tak tahu nak cakap apa. Tadi manusia ni cakap nak tolong angkat beg baju je. Tapi ni dia cakap nak tolong angkat beg balik pulak. Sudah. Kau ni apekehei?

Sebenarnya saya bawa laptop dalam beg, konon konon nak tengok movie sementara tunggu baju siap. Tapi disebabkan ada manusia tu, saya macam cuak. Mana tahu dia ni perompak ke, habis aku.

Tak ada orang lain dalam laverie tu. Kalau ada orang lain cuci baju best jugak. Tak ada la kekok macam ni. Takut gila kot. Saya ingat pesan ibu, zaman sekarang ni, untuk keselamatan, kena la bersangka buruk dulu pada orang yang tak dikenali. Ye la, ni tiba tiba ada orang tak kenal follow kita kan. Selamba kau je mamat main ikut ikut aku. Ikut jauh jauh ni nak pi mana?

Untuk elakkan dia rasa tersinggung or apa apa perasaan lain, saya cakap kat dia, sorry lah tak biasa dengan stranger, lelaki pulak tu. Perempuan ok la. Dia kata tak ada apa apa lah jangan risau. Saya pun diam je lah. Tak tahu nak cakap ada dah. Kalau ikut kan hati, nak je aku marah. Hoi berambus aku tak kenal kau so boleh biarkan aku cuci baju dengan aman tak?

Untuk elakkan diri saya duduk lama lama kat situ berdepan dengan manusia tu, saya pi makan kat kedai dekat dengan laverie tu. Manusia tu cakap dia tak suka kedai tu. Tapi dia cakap dia nak tunggu saya je kat laverie. Lantak engkau la labu. Aku harap kau dah balik masa aku pi makan.

Dalam hati, Tuhan je la yang tahu betapa risaunya saya. Apa yang lelaki asing ni mahu? Dia betul betul tak ada kerja lain nak buat ke? Hilang akalkah tunggu saya berjam jam dalam laverie tu? Haish nak mengamuk aku tulis pasal mamat ni.

Untuk langkah keselamatan, masa saya duduk dalam kedai makan, saya panggil seorang budak perempuan yang berada di depan meja saya. Dia anak tuan kedai makan tersebut. Saya tanya dia, normal ke kalau ada orang kita tak kenal tiba tiba ikut kita nak teman teman kita ni? Budak perempuan tu tak faham apa maksud saya, maka saya ceritakan la semua pada dia dari awal.

Budak perempuan tu menjenguk ke luar dan bertanya pada saya : C'est lui, là, sans cheveux? (Tu ke lelaki tu yang tak ada rambut tu?)

Saya angguk, dan saya tanya apa lelaki tu buat kat luar.

Budak tu kata : Il est dehors, il fume. (Dia kat luar, tengah merokok.)

Budak pompuan tu pi tanya ayah dia. Ayah dia datang pada saya dan kata dia akan tengokkan lelaki tu. Lega rasanya. Tapi saya masih takut, kalau kalau lelaki tu tahu yang saya mengadu pada tuan kedai makan tu.

Selesai makan, saya pi balik kat laverie tu. Lelaki tu masih kat situ. Seminit lepas tu, tuan kedai makan tu datang tengok saya, dia panggil saya. Saya pun keluar.

Tuan kedai makan tuh tanye : Il est parti? (Dia dah pergi?)
Saya jawab : Non, il est là, mais ne le regarde pas! (Belum, dia ada lagi kat situ tapi jangan tengok dia!)

Sebab terlampau takut, tak pasal pasal saya tak sengaja se tutoyer (cakap informal) dengan tuan kedai makan tu, saya harap pacik kedai tu faham sebab saya tengah takut.

Saya masuk balik dalam laverie, lelaki tu perasan ada orang yang cakap cakap dengan saya kat luar. Dia tanya kenapa. Tapi takkan la saya nak beritahu dia yang mereka tengah tengok tengok kan saya yang tengah takut dengan dia!

Terpaksa la saya tipu dia, saya cakap, orang kedai tu cuma nak make sure yang saya dah bayar yufka yang saya makan tadi. Nasib baik la dia tak tanya apa apa lagi.

Saya dah makin takut. Risau. Macam mana kalau makhluk asing ni nak ikut saya balik? Mati laa. Saya pun sms Ayen. Beritahu dia yang saya tengah cuak gila gila.

Baju dah nak siap cuci. Lelaki tu masih tunggu. Dia tak beganjak dari situ. Dia diam baca surat khabar yang memang ada kat situ.

Siap semua, untuk bagi dia clue yang saya nak dia pergi and tak mahu dia follow saya lagi, saya tanya dia, nak pi mana lepas ni? Tak mahu balikkah? Dia kata tak nak balik lagi. Bukan sekarang.

Saya terus siapkan lipat baju baju yang dah kering masuk dalam beg. Harap harap lelaki ni tak ikut saya lagi. Huh harapan. Selamba itik dia je ikut saya tunggu bas.

Hujan makin lebat. Bas ni tak sampai sampai pulak kan. Tiba tiba dia tanya saya kat rumah ada komputer tak? Saya kata ada. Bodoh jugak aku ni, kenapa jawab ada? Kalau manusia ni rompak macam mana?

Tapi sangkaan saya meleset, dia kata, dia cuma nak tumpang recharge mp3 dia kat komputer saya. Bateri dah habis katanya. Alamak, dalam hati saya, kalau dia nak pinjam komputer saya, mesti la dia kena ikot saya balik rumah. No. No. No!

Sekali lagi saya terpaksa la tipu dia, saya kata, sorry, komputer saya kawan saya pinjam. Saya tak dapat nak tolong. Dia pun nampaknya dah tak tahu nak buat macam mana.

Bila bas sampai, dia ikot saya naik bas yang sama. Bila dah nak sampai kat residence tempat saya tinggal, untuk tunjukkan yang saya akan tinggalkan dia kat situ je, and untuk nampakkan yang saya tak mahu dia follow saya lagi, saya berterima kasih pada dia sebab tolong saya.

Tapi bila saya turun, dia ikot saya turun! Wahh! Apa aku nak buat dengan sampah masyarakat sorang ni?

Saya tanya dia, nak ke mana?
Dengan senang hatinya dia tanya saya balik : Tu vas pas m'offrir un café chez toi?
(Awak tak nak jemput saya minum kopi kat rumah awak?

LMAO. Aku nak jemput dia naik ke rumah? No fucking way!

Saya tak mahu dia tersinggung, maka saya kata :
Désolée, j'peux pas, j'ai pas l'habitude d'inviter les garçons chez moi, désolée.
(Sorry, saya tak boleh, tak biasa jemput stranger/lelaki masuk rumah.)

Dia pujuk saya, dia kata : Allez, une fois! (Sekali je!)

Seriously saya rasa serabut gila, apa la manusia ni nak? Tak ada kerja lain ke? Dalam hati saya, nak je saya jerit kat dia :

Je te connais pas! et je veux pas que tu viennes chez moi! T'as pas compris toi?

(Aku tak kenal kau and aku tak nak kau datang rumah aku! Tu pun kau tak faham ke?)

Tapi tu tak terkeluar pun dari mulut ni.

Dia tetap pujuk saya. Dia mula mengarut ntah apa apa. Dia cakap, semua benda, mesti la ada permulaan kan?

Hoh? Permulaan apa lah? Tahi kucing semua ni.

Saya dah takut gila. Tapi masa tu lah Ayen call saya. Tadi masa sms, Ayen pesan kalau manusia tu ikut lagi, beritahu dia. Ayen nampak dari atas yang lelaki ni masih ikut saya. Ayen suruh saya tunggu dekat pintu masuk blok rumah dia. Saya kata pada manusia tu, maaf, saya kena pi rumah kawan, kalau nak minum, boleh datang rumah dia, dia lelaki, kalau rumah saya, tak boleh la. Lelaki tu nak jugak ke rumah saya. Gila samdol! Saya kata saya kena jumpa Ayen, saya kena pi sekarang. Lelaki tu boleh tanya saya : On peut se voir après? (Kita boleh jumpa lagi lepas ni?)

Haa? Nak jumpa saya lagi? Gila ke? Tolong laa. Apa masalah? Tak faham ke apa aku cakap? Aih. Saya jawab baik baik kat dia : J't'promets pas. (Saya tak janji.)

Lepas tu saya cepat cepat tunjukkan Ayen pada dia. Saya cakap Ayen dah tunggu. Bila nampak Ayen, dia terus kata ok. Lega. Tapi cuak la masih. Lelaki ni memang jenis tak faham bahasa. Oh aha rupanya Ayen bawak pisau dalam jaket! Hahahaha.

Lepas beberapa minit, Ayen teman saya balik rumah. Nasib baik lelaki tu tak tunggu lagi kat bawah. Saya harap sangat sangat saya tak terjumpa dia lagi. Buat sesak kepala otak je, mengganggu masa dan ketenteraman saya. Haa saya harap tak ada perempuan lain yang terjumpa dengan lelaki tadi! Kalau tak memang kesian. Tak tahu apa niat dia semua. Jangan la kau kacau perempuan perempuan sesuka hati kau je mamat!

Pengajaran : Jangan baik hati sangat takut nak lukakan hati orang yang tak dikenali, lain kali terus terang je cakap - hoi kau jangan ikut aku kalau tak aku panggil polis! Gitu.



Colmar, 2008

Apr 8, 2008

Two weeks

V A C A N C E S


Colmar, 2008